

KUALA LUMPUR, 7 NOV – PAS menubuhkan satu ‘Sekretariat Jejak’
bagi mencari bekas kerahan dan waris rakyat Malaysia yang terlibat dalam
pembinaan landasan maut sepanjang 415km Siam ke Burma pada perang dunia
kedua 1942-1946.
Sekretariat ini dipengerusikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk
Seri Nizar Jamaluddin menuntut penjelasan kerajaan berhubung pampasan
‘Wang Darah’ yang diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai ganti rugi
berjumlah RM207 bilion.
Menurutnya, terdapat satu nota yang disahkan oleh Gabenor Bank Negara
bertarikh 13 Disember 2004 berhubung jumlah dana bernilai RM207 bilion.
Justeru, Nizar menuntut satu penjelasan adakah nota berkenaan sahih
dan mempunyai kaitan dengan wang berkenaan.
“Ada surat-surat tertentu yang dikeluarkan Kementerian Kewangan
kepada persatuan yang mengesahkan wang tersebut dalam simpanan mereka
(kerajaan).
“Misalnya surat bertarikh 29 Mac, satu memo daripada Kementerian
Kewangan kepada Pengerusi Persatuan Bekas dan Waris Buruh menyatakan
bahawa sejumlah RM207 bilion itu diangkat untuk kelulusan kerajaan di
mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan peringkat
Sumber Manusia.
“Perkara ini disahkan Menteri Kewangan, (wang) masih dalam simpanan.
Kalau masih disimpan mengapa tidak diberikan kepada rakyat?” soal Nizar.
Menurut Nizar, seramai 72,000 rakyat Malaya pada ketika itu dikerah
dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia
sementara selebihnya gagal dijejaki.
Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang
digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta
Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.
Mengikut pecahan, jumlah 30,000 ini mellibatkan 60 peratus bangsa
Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.
Sekiranya mereka masih hidup, umur mereka di antara 80 hingga 85 tahun.
Jika wang berkenaan diagihkan kepada 30,000 bekas buruh dan waris,
mereka bakal menerima pampasan bernilai hampir RM3 juta setiap seorang.
Pada 27 Julai 2011, pihak persatuan menulis satu surat kepada
kerajaan bagi menanyakan status wang tersebut dan dimaklumkan bahawa
wang itu diserahkan kepada Perbendaharaan Negara.
Jelas Nizar, beliau turut membangkitkan perkara ini pada sesi
penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat namun tidak dijawab
oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Husni Mohd Hanadzlah.
Hadir sama ialah Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri iaitu Dr Raja
Ahmad Iskandar Al-Hiss, Salman Saleh, Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal
Saleh
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
lebih tegas dan proaktif dalam menyelesai kemelut berdarah di Syria yang
sudah berlarutan hampir 23 bulan.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, tindakan segera dari OIC mampu
menyelamatkan rakyat negara itu khususnya umat Islam daripada dibunuh
askar regim Basyar Al Assad.
"OIC tidak boleh hanya mengambil
langkah tunggu dan lihat dengan rakyat Syria setiap hari disembelih dan
dibunuh dengan kejam meskipun gencatan senjata telah diisytiharkan di
negara tersebut menjelang perayaan Aidil Adha.
"Umat Islam
mengharapkan supaya OIC berperanan penting bagi mengembalikan keamanan
ummah di negara tersebut bahkan di seluruh dunia," katanya dalam satu
kenyataan.
Sehingga kini, kemelut Syria telah mengorbankan lebih 30,000 nyawa yang kebanyakannya orang awam.
Raja
Ahmad yang juga Naib Ketua DPPM berkata, pihaknya turut menolak keras
campurtangan asing khususnya Amerika Syarikat serta negara lain seperti
Iran, Rusia dan China dalam kemelut Syria ini.
"DPPM menegaskan,
hanya rakyat Syria berhak menentukan kehidupan dan pemimpin negara
mereka tanpa campurtangan kuasa dan negara asing.
"Justeru, kerajaan Syria perlu berusaha mengembalikan keamanan di negara tersebut melalui kaedah perdamaian," katanya.
Pada
masa sama, beliau turut mendesak kerajaan Jordan memberikan jaminan
perlindungan keselamatan terhadap rakyat Syria di kem-kem pelarian di
sempadan Jordan yang kian bertambah.
Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan
bukan DAP yang menghalang perjuangan PAS menegakkan Islam, sebaliknya
Umno yang bersikap sedemikian.
Perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang
dengan sikap Umno yang berkuasa.
Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat. Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.
Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?
Halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan
ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri
itu pada 1994.
DAP tidak menghalang dengan kuasa. Mereka hanya mengeluarkan
kenyataan yang bagi kami hanya sebagai satu pandangan yang berbeza.
Yang mana perbezaan itu, Insya-Allah boleh diperbincangkan dari masa ke
masa di dalam Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS memulakan pecutan terakhir
menjelang pilihan raya umum dengan melancarkan roadshow Selamatkan
Malaysia ke seluruh negara, selain melancarkan janji-janji anak muda
yang ditawarkan Pakatan Rakyat melalui manifestonya.
Pemuda PAS akan menumpukan kepada tiga kerangka besar, meliputi aspek
ekonomi, sosial dan pendidikan.